Saudi sediakan 10 klinik lapangan 24 jam untuk jemaah haji
Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi mengaktifkan 10 klinik perubatan lapangan yang ditempatkan di kawasan-kawasan penginapan Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci bagi Haji, Umrah dan Ziarah serta di lokasi-lokasi kementerian di Tanah Suci sebagai sebahagian daripada perkhidmatan bersepadu sempena Musim Haji 1447 Hijrah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Arab Saudi menyediakan 10 klinik lapangan buat para jemaah haji dan petugas kementerian. (Gambar: Saudi Press Agency/Handout melalui REUTERS)
This audio is generated by an AI tool.
Anggota Jawatankuasa Perubatan Khalid Al-Swat berkata, semua klinik itu mula beroperasi sejak permulaan musim haji dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan, rawatan dan kecemasan sepanjang masa kepada para jemaah serta petugas kementerian.
Pelbagai kes kecemasan dirawat termasuk keletihan akibat cuaca panas, tekanan darah tinggi, kencing manis dan kes umum lain.
Klinik-klinik berkenaan dikendalikan oleh para kakitangan perubatan dan jururawat yang berkelayakan.
Ia turut dilengkapi dengan peralatan moden termasuk bilik pemeriksaan dan rawatan, ubat-ubatan asas, alat pemantauan kesihatan, silinder oksigen dan bekalan pertolongan kecemasan bagi memastikan rawatan segera dapat diberikan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.