Skip to main content

Dunia

Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, jemaah kurang upaya di Masjidil Haram

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, jemaah kurang upaya di Masjidil Haram

Pemandangan di Masjidil Haram dari udara pada 7 Jun 2024. (Gambar: HaramainInfo)

MAKKAH: Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memperuntukkan laluan khusus bagi warga emas dan orang kurang upaya di dalam Masjidil Haram, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Penyediaan laluan itu bertujuan untuk memudahkan pelaksanaan ibadah serta menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa bagi meningkatkan rasa tenang dan khusyuk sebagai sebahagian daripada usaha berterusan agensi itu untuk menambah baik mutu perkhidmatan kepada jemaah.

Menurut pihak berkuasa itu, laluan-laluan berkenaan disusun dengan teliti di lokasi strategik bagi memudahkan pergerakan serta mengurangkan kesulitan yang mungkin dihadapi oleh kumpulan tersebut ketika masuk, keluar atau bergerak antara aras yang berbeza di Masjidil Haram.

Peruntukan laluan itu adalah sebahagian daripada sistem perkhidmatan bersepadu yang dirangka untuk memenuhi keperluan warga emas dan golongan kurang upaya serta memastikan akses lancar ke pelbagai kemudahan.

Langkah tersebut mencerminkan kesungguhan kepimpinan Arab Saudi dalam menyantuni tetamu Masjidil Haram mengikut piawai tertinggi kemanusiaan dan perkhidmatan.

Pihak berkuasa turut menyeru semua pelawat dan jemaah umrah untuk merujuk panduan pandu arah di Masjidil Haram yang menunjukkan lokasi laluan, lif dan perkhidmatan sokongan.

Kemudahan itu bertujuan untuk membantu jemaah bergerak dengan lebih mudah dan selesa terutamanya pada waktu sibuk.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita