Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi sambut 185 jemaah haji di bawah program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci

Kumpulan jemaah itu terdiri daripada mereka yang mewakili 41 negara di bawah Islamic Military Counter Terrorism Coalition (IMCTC).

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi sambut 185 jemaah haji di bawah program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci

Jemaah musim haji 2020 (Gambar: Kementerian Media Arab/AFP)

KUALA LUMPUR: Seramai 185 jemaah haji di bawah program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci tiba di Arab Saudi pada Rabu (6 Jul) untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam satu kenyataan semalam (6 Jul) memaklumkan kumpulan jemaah itu yang terdiri daripada mereka yang mewakili 41 negara di bawah Islamic Military Counter Terrorism Coalition (IMCTC).

Selain itu, ahli keluarga kepada mangsa yang terkorban dan cedera dalam serangan pengganasan di New Zealand juga diundang untuk menyertai program itu.

Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), kementerian itu bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada mereka sepanjang berada di negara itu.

Perkhidmatan itu termasuk penginapan, pengangkutan, penyediaan makanan dan minuman serta perkhidmatan ziarah ke tapak suci.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan