Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi perkenal 2 aplikasi baru sempena musim haji tahun ini

Arab Saudi memperkenalkan tiga aplikasi bijak termasuk dua yang baru sempena musim haji 1443H bagi melancarkan lagi urusan para jemaah semasa berada di tanah suci.

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi perkenal 2 aplikasi baru sempena musim haji tahun ini

Jemaah di Masjidil Haram pada 31 Disember 2021. (Gambar: AFP)

KUALA LUMPUR: Arab Saudi memperkenalkan tiga aplikasi bijak termasuk dua yang baru sempena musim haji 1443H bagi melancarkan lagi urusan para jemaah semasa berada di tanah suci.

Jurucakap rasmi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MoHU), Hesham A. Saeed dalam temu bual bersama stesen televisyen Arab Saudi baru-baru ini berkata, dua aplikasi baru itu adalah al-Munazzimin khusus untuk agensi yang menguruskan jemaah haji, mengandungi maklumat penting seperti tarikh pergerakan jemaah di Mina dan Arafat, manakala aplikasi al-Amilin pula bagi memudahkan urusan petugas haji bagi membantu jemaah.

Katanya lagi, aplikasi al-Haj al-Zakiyy (aplikasi Bijak Haji) yang mula diperkenalkan pada musim haji lalu dan mengandungi semua maklumat asas berkaitan jemaah haji, kini sudah dikemas kini dan sedia untuk digunakan semua jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi.

“Dengan hanya mengimbas kod bar pada aplikasi ini, petugas haji dapat membantu jemaah yang tersesat sebagai contoh, kerana semua maklumat jemaah berkenaan seperti status kesihatan dan nombor khemah sedia terpapar,” katanya.

Sementara itu, akhbar al-Asharq Al-Awsat yang memetik kenyataan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr. Tawfig AlRabiah berkata kementeriannya sentiasa memastikan kesiapsiagaan berada pada tahap terbaik bagi menyambut kedatangan satu juta jemaah haji tahun ini demi menjamin kesihatan para jemaah.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan