Skip to main content

Dunia

Saudi patahkan percubaan seludup lebih 168kg dadah

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Penguasa Zakat, Cukai dan Kastam Arab Saudi (ZATCA) berjaya mematahkan lima percubaan untuk menyeludup lebih 160 kilogram methamphetamine (syabu) melalui pelabuhan-pelabuhan di negara itu. 

Dalam percubaan pertama, ZATCA mendedahkan bahawa para pegawai kastam berjaya merampas lebih 6 kilogram syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh yang disembunyikan dalam beg pakaian seorang penumpang. 

Percubaan kedua pula berjaya dileburkan di pelabuhan Al-Bat'haa, dengan jumlah dadah yang dirampas melebihi 10 kilogram. Dadah itu disembunyikan di dalam kotak-kotak tisu yang dibawa oleh sebuah trak. 

Kira-kira 5 kilogram syabu dikesan apabila ia disembunyikan dalam beg pakaian seorang penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah. 

Percubaan keempat dan kelima juga berjaya dipatahkan, dengan sekitar 147 kilogram syabu dikesan di Pelabuhan Empty Quarter. Daripada rampasan itu, 33 kilogram disembunyikan di dalam tangki minyak sebuah kenderaan yang melalui pelabuhan itu dan bakinya pula disembunyikan dalam tangki minyak simpanan sebuah lagi kenderaan. 

ZATCA mengesahkan bahawa pihaknya sudahpun memberkas empat orang yang menerima hantaran syabu itu, sambil menarik perhatian bahawa ia akan terus memantau semua eksport dan import di Arab Saudi, selain membanteras segala cubaan penyeludupan bahan terlarang.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita