Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi lapor 3,555 kes baru COVID-19; kekal bawah 4,000

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Jumlah kes baru COVID-19 di Arab Saudi kekal di bawah paras 4,000 kes pada Jumaat (4 Feb), dengan 3,555 kes jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. 

Tiga kematian akibat komplikasi berkaitan jangkitan koronavirus dilaporkan sepanjang tempoh yang sama, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Saudi, seperti dilaporkan oleh Saudi Gazette. 

Ini membawa jumlah terkumpul kes jangkitan yang disahkan di Saudi kepada sebanyak 702,624 dan angka korban akibat virus tersebut seramai 8,950. 

Seramai 4,023 pesakit sudah pulih dalam tempoh yang sama, menjadikan jumlah pesakit yang sudah sembuh seramai 657,995. 

Antara kes-kes aktif COVID-19 yang dikesan, 1,042 kini dalam keadaan tenat, menurut Kementerian Kesihatan Saudi. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan