Saudi lantik 2 wanita galas jawatan kanan pentadbiran masjid suci Islam
Arab Saudi melantik dua wanita untuk memegang jawatan kanan dalam pengurusan pentadbiran dua masjid suci Islam, lapor agensi berita Anadolu pada Isnin (9 Ogos) sambil memetik media tempatan.
(Gambar: Abdulghani ESSA/AFP)
ANKARA: Arab Saudi melantik dua wanita untuk memegang jawatan kanan dalam pengurusan pentadbiran dua masjid suci Islam, lapor agensi berita Anadolu pada Isnin (9 Ogos) sambil memetik media tempatan.
Al-Anoud Al-Aboud dan Fatima Al-Rashoud dilantik sebagai pembantu kepada Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais, lapor portal Arab News.
Kedua-dua wanita itu memiliki ijazah kedoktoran.
Turut dilantik menjawat pegawai kanan ialah Kamelia Al-Daadi sebagai penolong setiausaha di jabatan pentadbiran dan perkhidmatan wanita.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Arab Saudi mengamalkan dasar memperkasa wanita dan membolehkan kaum Hawa memegang jawatan kanan dalam institusi kerajaan.
Tenaga kerja wanita di negara yang kaya dengan minyak itu menyaksikan peningkatan ketara, mencecah sekitar 33 peratus pada 2020 berbanding 20 peratus pada 2018, menurut Institusi Brookings.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.