Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi lanjutkan tempoh gantung semua penerbangan, bekerja dari rumah

Arab Saudi memutuskan untuk melanjutkan tempoh penggantungan terhadap semua penerbangan domestik dan antarabangsa, serta bekerja dari rumah sehingga makluman selanjutnya dikeluarkan kelak, menurut Saudi Press Agency (SPA) pada Ahad (29 Mac) yang menukil sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri.

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi lanjutkan tempoh gantung semua penerbangan, bekerja dari rumah

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Mar 2020 02:33PM Dikemas Kini : 29 Mar 2020 02:54PM

RIYADH: Arab Saudi memutuskan untuk melanjutkan tempoh penggantungan terhadap semua penerbangan domestik dan antarabangsa, serta bekerja dari rumah sehingga makluman selanjutnya dikeluarkan kelak, menurut Saudi Press Agency (SPA) pada Ahad (29 Mac) yang menukil sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri.

"Kerajaan Arab Saudi akan melanjutkan tempoh bekerja dari rumah bagi semua agensi kerajaan, kecuali mereka yang bertugas dalam sektor-sektor tertentu," kata sumber itu.

Bagi sektor swasta pula, para majikan turut digesa supaya terus menggalak para pekerja supaya bekerja dari rumah.

Menurut laporan itu lagi, pergerakan dalam negeri termasuk penerbangan, bas, teksi dan kereta api, juga digantung sehingga makluman selanjutnya, dalam usaha mengekang penularan virus COVID-19.

Arab Saudi sudah melaksanakan pelbagai langkah untuk mencegah penularan COVID-19 sejak wabak virus itu menular awal tahun ini, dengan empat kematian dilaporkan di negara tersebut setakat ini.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Agensi berita/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan