Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi lancar strategi perkenal aktiviti budaya dalam kurikulum sekolah

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan Arab Saudi pada Khamis (15 Dis) melancarkan strategi bagi Membangunkan Keupayaan Kebudayaan, yang bertujuan untuk mengaitkan hasil pendidikan dengan keperluaan pasaran buruh dalam sektor kebudayaan. 

Demikian menurut laporan agensi berita Saudi Gazette. 

Strategi tersebut akan memperkenalkan seni dan budaya di semua peringkat pendidikan, latihan teknikal serta kejuruan. Selain itu ia akan membangunkan sekitaran pendidikan bagi perkembangan sektor kebudayaan dan mempertingkatkannya untuk mencapai aspek-aspek lebih meluas sejajar dengan Visi Arab Saudi 2030.

Strategi tersebut berteraskan tiga tunjang - siswazah yang berkelulusan dalam bidang budaya; pekerjaan mampan serta pakar seni. 

Strategi Membangunkan Keupayaan Kebudayaan mempunyai beberapa matlamat, yang pertama adalah untuk menyediakan aktiviti budaya kokurikular dalam lebih 50 peratus sekolah pendidikan am menjelang 2026. 

Selain itu, lebih lima peratus siswazah pendidikan awam dapat memilih budaya sebagai bidang kepakaran dan bekerja dalam sektor kebudayaan. 

Ia juga menetapkan sasaran unutk menambah jumlah institusi latihan dalam bidang seni dan budaya kepada 120. 

Strategi tersebut akan membolehkan pelajar untuk meneroka identiti, budaya dan masyarakat mereka, sekali gus mempertingkatkan jati diri dan penghargaan mereka terhadap kepelbagaian dan perbezaan budaya. Selain memperkasa keyakinan diri dan membangunkan kemahiran sosial mereka, ia akan memberi kesan yang positif terhadap pencapaian akademik mereka. 

Selain itu, ia juga menawarkan peluang lebih baik bagi pelajar yang berbakat dan mewujudkan generasi kreatif bagi 16 sektor kebudayaan Arab Saudi. 

Menteri Kebudayaan, Putera Badr bin Farhan, menegaskan bahawa strategi tersebut bertujuan untuk membangunkan keupayaan dan kemahiran kebudayaan dan kesenian anggota masyarakat menerusi sistem dasar, piawai dan program akademik yang bersepadu serta menyumbang kepada kreativiti kebudayaan di Arab Saudi. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan