Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi lancar projek bangunkan Riyadh sebagai pusat bandar raya moden terbesar dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi lancar projek bangunkan Riyadh sebagai pusat bandar raya moden terbesar dunia

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. (Gambar: Bertrand Guay/AFP)

AMMAN: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammad bin Salman pada Khamis (16 Feb) melancarkan Syarikat Pembangunan Murabba Baru (NMDC) untuk membangunkan Riyadh sebagai pusat bandar raya moden terbesar di dunia, lapor Petra.

Selari dengan Wawasan Saudi 2030, projek Murabba Baru akan dibangun berdasarkan konsep kemampanan dengan menonjolkan kawasan hijau serta laluan berjalan kaki dan berbasikal ke arah meningkatkan mutu hidup menerusi promosi gaya hidup sihat dan aktif serta aktiviti masyarakat.

Projek itu turut meliputi muzium ikonik, universiti teknologi dan reka bentuk, teater tiga dimensi pelbagai guna di samping lebih 80 tempat hiburan dan kebudayaan, menurut agensi berita Arab Saudi SPA.

Ia bakal dibangunkan di persimpangan jalan Raja Salman dan Raja Khalid ke barat laut Riyadh yang meliputi kawasan seluas 19 kilometer persegi.

Projek berkenaan akan menawarkan lebih 25 juta meter persegi keluasan lantai, lebih 104,000 unit kediaman, 9,000 bilik hotel dan lebih 980,000 meter persegi ruang runcit serta 1.4 juta meter persegi ruang pejabat, 620,000 aset rekreasi, 1.8 juta meter persegi ruang khusus untuk kemudahan masyarakat.

NMDC akan membangunkan projek dan membina 'Mukaab', sebuah mercu tanda ikonik luar biasa yang menampilkan teknologi inovatif terkini.

Reka bentuk 'Mukaab' dengan kemudahan pertama seumpamanya bakal menjadi antara struktur binaan terbesar di dunia dengan ketinggian 400 meter, lebar 400 meter dan panjang 400 meter.

'Mukaab' akan memastikan penggunaan sepenuhnya setiap ruang untuk menampung teknologi yang diperlukan.

Pelancaran NMDC dijangka menambah SAR180 bilion (S$64 bilion) kepada hasil kasar dalam negeri (GDP) bukan minyak dan mewujudkan 334,000 pekerjaan langsung serta tidak langsung menjelang 2030.

Projek itu dijangka siap pada 2030.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan