Saudi lancar program inovatif tingkat kesejahteraan jemaah haji
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang jemaah tersenyum selepas direnjis air untuk kurangkan suhu badan setelah jalani ibadah lontar Jamrah. (Gambar: BERNAMA)
JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan program “Happiness Team” bagi menambah baik pengalaman emosi dan rohani jemaah sepanjang musim haji.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), program itu merupakan sebahagian daripada usaha kementerian tersebut untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan perjalanan haji yang tidak dapat dilupakan serta memuaskan bagi para jemaah.
Pasukan itu terdiri daripada lebih 600 pakar terlatih yang bertugas di seluruh lokasi Tanah Suci, menjalankan kegiatan di lapangan dan menawarkan perkhidmatan bersepadu yang direka khas untuk membangkitkan rasa gembira, keyakinan serta ketenangan emosi dalam kalangan jemaah.
Inisiatif itu menekankan kecerdasan emosi dan kecekapan profesional dalam mengurus tekanan dan rasa kurang selesa, dengan mengubah cabaran menjadi pengalaman yang positif dan memberangsangkan.
Selain sokongan psikologi dan sosial, program itu turut menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kecemasan.
Ia merangkumi laluan respons kecemasan khas, rondaan ambulans, penjagaan ibu mengandung dan intervensi perubatan pantas bagi kes-kes kritikal.
Inisiatif itu mencerminkan pendekatan kementerian tersebut yang menyeluruh terhadap kebajikan para jemaah, dengan menggabungkan keselamatan fizikal bersama kesejahteraan emosi dan kerohanian.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.