Saudi lancar peta 3D untuk jemaah di dua masjid suci
Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melancarkan inisiatif peta 3D interaktif bagi memudahkan navigasi serta mempertingkat perkhidmatan untuk jemaah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Arab Saudi komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji dan membolehkan mereka melaksanakan ibadah mereka dengan mudah dan tenang. (Gambar fail)
Disepadukan ke dalam kad Nusuk, platform digital itu menghubungkan secara langsung lokasi suci dengan prasarana sekitarnya, laluan pengangkutan dan hotel bagi mengoptimumkan pengurusan orang ramai ketika waktu puncak.
Antara muka responsif itu menyediakan data operasi masa nyata kepada pengguna termasuk kemas kini cuaca, lokasi tandas dan kadar penggunaan ruang solat, tawaf serta saie, selain menunjukkan lokasi pejabat bimbingan agama dan fatwa.
Direka selaras dengan Visi 2030, perkhidmatan berasaskan teknologi itu memanfaatkan teknologi moden bagi menyediakan persekitaran yang bersatu, mudah diakses dan bermutu tinggi untuk pengunjung antarabangsa serta tempatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.