Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi lakar pelan mudahkan pergerakan jemaah di Masjidil Haram baru diperluaskan

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi lakar pelan mudahkan pergerakan jemaah di Masjidil Haram baru diperluaskan

(Gambar: Saudi Gazette)

Diterbitkan : 29 Mar 2023 08:43PM Dikemas Kini : 29 Mar 2023 09:08PM
MAKKAH: Sejumlah rancangan telah disediakan untuk memudahkan pergerakan para jemaah di Masjidil Haram yang baru diperluaskan.

Agensi berita Saudi SPA menerbitkan infografik yang memperincikan persiapan yang dijalankan oleh Pejabat Penjaga Hal Ehwal Masjidil Haram pada bahagian utara masjid tersebut. Ia bertujuan untuk menyediakan khidmat bermutu tinggi kepada para jemaah sepanjang hari.

Terdapat 120 kawasan solat yang dilengkapi dengan sistem perkhidmatan dan kakitangan yang terlatih di kawasan Masjidil Haram yang diperluaskan itu.

Pejabat Penjaga Hal Ehwal Masjidil Haram sudah menetapkan beberapa pintu masuk bagi akses ke ruang-ruang solat yang disediakan itu.

Dari sebelah utara, para jemaah boleh memasuki ruang solat melalui pintu masuk 104, 106, 112, 173, 175, dan 176. Dari sebelah barat pula, pintu masuk 114, 116, 119, 121, dan 123 akan dibuka. Pintu masuk 162, 165, dan 169 di sebelah timur juga akan dibuka.

Pihak tersebut juga menyediakan khidmat penting di semua ruang yang disediakan. Ia turut menyediakan 72 tandas mesra golongan kurang upaya, selain 675 stesen marmar air zamzam, 362 tangga bergerak dan 26 lif.

Ini selain 4,800 tandas, 22,000 permaidani, dan 12,000 bekas air zamzam untuk digunakan oleh para jemaah dan orang ramai.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan