Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi keluarkan panduan baru jaga keselamatan jemaah 10 hari terakhir Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi keluarkan panduan baru jaga keselamatan jemaah 10 hari terakhir Ramadan

Gambar: Sumber

Diterbitkan : 10 Apr 2023 07:55AM Dikemas Kini : 10 Apr 2023 09:57AM

RIYADH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengeluarkan panduan baru bagi menjaga keselamatan para jemaah dan mereka yang sedang beribadah sepanjang 10 hari terakhir bulan Ramadan, lapor Saudi Gazette pada Ahad (9 Apr).

Panduan tersebut termasuk beberapa kemas kini pada arahan yang diumumkan pada awal Ramadan untuk memudahkan perjalanan dan ibadah para jemaah.

Kementerian itu turut menjelaskan cara-cara untuk pergi ke Masjidil Haram, sedang para jemaah menggunakan bas awam daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah atau dari tempat letak kereta ke stesen-stesen pengangkutan awam di bahagian tengah sekitar Masjidil Haram.

Menurut Saudi Gazette, para jemaah juga boleh berjalan kaki dari tempat tinggal di bahagian tengah dan kawasan-kawasan kejiranan bersebelahan dengan Masjidil Haram, atau menggunakan pengangkutan awam yang terletak antara tempat letak kereta di Makkah dan stesen-stesen pengangkutan awam di bahagian tengah.

Para jemaah juga boleh pergi ke Masjidil Haram menggunakan kereta privet yang bukan dipandu oleh jemaah itu sendiri, yang membawa mereka ke tempat terdekat dengan masjid itu atau ke tempat tinggal.

Jemaah yang tidak mengerjakan umrah hanya dibenarkan untuk menghentikan kereta di tempat letak kereta di kawasan masuk Makkah dan para jemaah umrah kemudian boleh menggunakan pengangkutan awam untuk sampai ke destinasi mereka.

Ini supaya jemaah dapat masuk ke bahagian tengah Masjidil Haram dengan cara yang terkawal, seperti yang dinyatakan oleh kementerian tersebut dalam panduannya yang menetapkan jalan raya di bahagian tengah hanya akan diperuntukkan bagi mereka yang berjalan lalu di sana, di mana semua jenis kenderaan, termasuk motosikal dan basikal akan dilarang sepanjang masa.

Kenderaan yang diletakkan di tempat yang mengganggu pergerakan pejalan kaki akan ditunda dan pemilik kenderaan akan disaman.

Lampu hijau menandakan jemaah boleh masuk kerana masih terdapat tempat, manakala lampu merah menandakan jemaah dilarang masuk kerana semua tempat sudah penuh.

Panduan itu turut menerangkan bahawa para jemaah boleh sampai ke kawasan tawaf melalui koridor menuju ke Gerbang Raja Abdulaziz, Gerbang Raja Fahd, Gerbang Umrah and Gerbang Baab-al-Salaam.

Sebuah kawasan juga telah diperuntukkan bagi para jemaah kurang upaya di mana mereka boleh menggunakan kenderaan elektrik.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan