Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi keluarkan lebih sejuta visa umrah setakat ini

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi sudah mengeluarkan 1,045,898 visa umrah dan seramai 895,499 jemaah tiba di negara tersebut setakat ini sejak musim ibadah umrah 1443H dibuka semula pada Ogos 2021. 

Angka itu berdasarkan ketibaan jemaah yang dicatatkan di kesemua pintu masuk utama Arab Saudi, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Daripada jumlah itu, sebanyak 822,736 ketibaan dan 648,858 berlepas melibatkan jemaah menggunakan laluan udara, manakala 72,687 ketibaan dan 50,548 berlepas adalah jemaah laluan darat, menurutnya. 

“Hanya 148 pergerakan jemaah dicatatkan menerusi laluan laut, masing-masing 76 ketibaan dan 72 berlepas”, menurutnya sambil merujuk statistik setakat 7 April 2022 disediakan Agensi Haji dan Umrah bagi Hal Ehwal Ziarah di Madinah.

Mengenai aplikasi ‘Eatmarna’, data itu menyatakan sebanyak 2,534,396 permit ziarah Raudhah yang dikeluarkan melibatkan 611,625 jemaah tempatan, 935,661 jemaah antarabangsa dan 987,110 pengunjung.

Bulan lalu, Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan COVID-19, termasuk kuarantin wajib, penyerahan sijil vaksinasi COVID-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di negara itu.

Langkah itu diambil menyusuli penurunan kes COVID-19 dan kadar vaksinasi mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan