Skip to main content

Dunia

Saudi keluarkan lebih 190,000 visa umrah bagi jemaah luar negara sejak 1447H

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi keluarkan lebih 190,000 visa umrah bagi jemaah luar negara sejak 1447H

Jemaah haji terhad tawaf keliling Kaabah pada 31 Jul 2020 (Gambar fail: SPA/AFP)

Diterbitkan : 01 Jul 2025 02:00PM
  • Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa lebih 190,000 visa umrah sudah dikeluarkan kepada jemaah dari luar Arab Saudi sejak bermulanya musim umrah bagi tahun 1447 Hijrah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
  • Kementerian tersebut sebelum ini mengisytiharkan permulaan rasmi musim umrah pada Selasa, 14 Zulhijah 1446 Hijrah, dengan permohonan visa dibuka melalui platform “Nusuk”.
  • Pengeluaran permit umrah telah bermula pada Rabu, 15 Zulhijah melalui aplikasi “Nusuk”, platform digital bersepadu yang menyediakan perkhidmatan kerajaan kepada jemaah dan pelawat.
  • Peningkatan awal pada permohonan visa umrah berlaku selepas musim haji yang sangat berjaya, yang dicirikan oleh prosedur yang lebih lancar, prestasi yang dipertingkatkan serta infrastruktur teknikal yang dinaik taraf, sekali gus meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah.
Dijana oleh AI
JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa lebih 190,000 visa umrah sudah dikeluarkan kepada jemaah dari luar Arab Saudi sejak bermulanya musim umrah bagi tahun 1447 Hijrah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kementerian tersebut sebelum ini mengisytiharkan permulaan rasmi musim umrah pada Selasa, 14 Zulhijah 1446 Hijrah, dengan permohonan visa dibuka melalui platform “Nusuk”.

Langkah itu menandakan fasa baharu dalam usaha mempermudah perkhidmatan ibadah umrah, selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan pengalaman jemaah di bawah Visi 2030 Arab Saudi.

Menurut kementerian berkenaan, pengeluaran permit umrah telah bermula pada Rabu, 15 Zulhijah melalui aplikasi “Nusuk”, platform digital bersepadu yang menyediakan perkhidmatan kerajaan kepada jemaah dan pelawat.

Platform itu membolehkan pengguna menempah dan mengeluarkan permit dengan mudah, selain menawarkan pelbagai perkhidmatan digital bagi menyokong dan meningkatkan pengalaman ibadah umrah.

Peningkatan awal pada permohonan visa umrah berlaku selepas musim haji yang sangat berjaya, yang dicirikan oleh prosedur yang lebih lancar, prestasi yang dipertingkatkan serta infrastruktur teknikal yang dinaik taraf, sekali gus meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita