Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi keluarkan jumlah rekod 6,000 visa umrah dalam tempoh 3 hari

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi keluarkan jumlah rekod 6,000 visa umrah dalam tempoh 3 hari

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Aug 2022 05:44PM Dikemas Kini : 02 Aug 2022 05:45PM
JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pertambahan besar jumlah permohonan untuk musim umrah yang baru, mulai 1 Muharram, lapor Saudi Gazette.

Sejak permohonan dibuka dua minggu lalu, lebih 20,000 visa umrah telah diluluskan dan jumlah rekod lebih 6,000 visa umrah dikeluarkan dalam tempoh tiga hari saja.

Kumpulan pertama jemaah umrah musim kali ini, tiba di Makkah pada Sabtu, 30 Julai lalu.

Menurut laporan Saudi Gazette, keadaan di Masjidil Haram sekarang ini belum begitu sesak lagi dengan kain kiswah Kaabah yang baru sudah selesai dipasang pada 1 Muharram lalu.

Mereka yang mahu mengerjakan umrah juga perlu menggunakan aplikasi bijak Eatamarna atau Tawakalna.

Semasa musim haji yang baru lalu, kedua-dua aplikasi itu tidak diperlukan untuk para jemaah untuk masuk ke Masjidil Haram untuk mengerjakan tawaf atau sai.

Kumpulan terakhir jemaah haji Singapura selamat tiba di tanah air, Sabtu, 30 Julai lalu. Manakala, sebuah kumpulan jemaah umrah dari Singapura dijangka berangkat ke Saudi pada 18 Ogos nanti pada musim umrah yang baru ini.
 
Sumber : Agensi berita/AZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan