Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi keluarkan amaran cuaca buruk antara 5 hingga 9 Mei

Anggaran Waktu Membaca:

JEDDAH: Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) Arab Saudi memberi amaran cuaca tidak menentu di banyak wilayah negara tersebut mulai Jumaat (5 Mei) hingga Selasa (9 Mei). 

Ribut petir sederhana hingga lebat berserta angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam, dijangka akan menyebabkan debu dan hujan serta hujan batu, lapor Saudi Gazette. 

Wilayah Asir, Al-Baha, Jizan, Najran dan beberapa kawasan di Makkah akan menyaksikan ribut petir sederhana hingga lebat mulai Jumaat hingga Selasa depan. 

Sesetengah bahagian di Riyadh, kawasan timur serta sebahagian besar bandar di Qassim akan menyaksikan ribut petir ringan hingga sederhana  mulai Ahad (7 Mei) hingga Selasa. 

Al-Jouf, Sempadan Utara dan Tabuk, khususnya kawasan timur, akan terjejas oleh aktiviti angin permukaan dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam, menyebabkan debu dengan darjah penglihatan mendatar hampir sifar pada Sabtu (6 Mei) dan Ahad. 

Pusat itu turut menggesa para penduduk supaya mengikuti platform medianya untuk  mendapatkan perkembangan ramalan cuca dan bandar-bandar yang terjejas oleh keadaan cuaca, sambil mematuhi arahan pihak berkuasa yang relevan.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan