Skip to main content

Dunia

Saudi keluar amaran terhadap penempatan pemegang visa ziarah semasa musim haji

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi keluar amaran terhadap penempatan pemegang visa ziarah semasa musim haji

Gambar fail Masjidil Haram semasa musim haji. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 May 2025 08:15AM Dikemas Kini : 05 May 2025 08:17AM
RIYADH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan denda sehingga SR100,000 (S$34,620) akan dikenakan ke atas mana-mana individu yang menempatkan atau melindungi pemegang visa ziarah di mana-mana jenis kediaman termasuk hotel, apartmen, rumah persendirian, pusat penginapan atau penempatan haji di Makkah dan kawasan suci.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), larangan itu berkuat kuasa dari 1 Zulkaedah hingga 14 Zulhijjah dan turut melibatkan sesiapa sahaja yang membantu pemegang visa ziarah tinggal secara tidak sah.

Kementerian itu turut memberi amaran bahawa jumlah denda akan meningkat mengikut bilangan individu yang melanggar peraturan dengan cara ditempatkan, dilindungi atau dibantu.

Orang ramai digesa supaya mematuhi peraturan haji bagi menjamin keselamatan jemaah dan kelancaran pelaksanaan ibadah.

Sebarang pelanggaran boleh dilaporkan dengan menghubungi talian 911 di Makkah, Riyadh dan Wilayah Timur, atau 999 bagi wilayah lain di negara itu.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita