Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi kecam tindakan tentera Israel serbu Masjid Al-Aqsa

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Kementerian Ehwal Luar Arab Saudi mengutuk tindakan tentera Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis, menyerang jemaah dan menahan sebilangan daripada mereka pada Rabu (5 Apr).

Dalam satu kenyataan yang dipetik agensi berita Arab Saudi, SPA, kementerian itu menyatakan kecaman Arab Saudi terhadap serbuan terang-terangan yang berlaku di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

"Tindakan itu menghambat usaha perdamaian dan (Arab Saudi) menegaskan pendirian teguhnya dalam menyokong segala usaha yang bertujuan untuk menamatkan pendudukan serta mencapai huraian yang adil dan menyeluruh bagi warga Palestin," menurut kenyataan tersebut.

"Tindakan sedemikian melanggar prinsip-prinsip dan norma-norma antarabangsa berhubung menunjukkan rasa hormat terhadap kesucian agama," tambah kenyataan itu.

Polis Israel menyerang puluhan jemaah di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis sebelum waktu Subuh pada Rabu, menurut para saksi, setelah menyerbu masuk ke dalam masjid itu.

Insiden itu mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh Tebing Barat yang diduduki. Tentera Israel menyatakan sembilan roket dilancarkan dari Gaza ke arah Israel setelah semboyan berbunyi di bandar-bandar selatan, lapor SPA.

Amiriah Arab Bersatu (UAE) turut mengutuk sekeras-kerasnya serbuan polis Israel di Masjid Al-Aqsa pada Rabu.

"UAE menggesa pihak berkuasa Israel untuk menghentikan ketegangan dan mengelak daripada memburukkan lagi ketegangan serta ketidakstabilan di rantau ini," menurut Kementerian Luar UAE dalam satu kenyataan.

Jordan dan Mesir, kedua-duanya terlibat dalam usaha yang diterajui Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini untuk meredakan ketegangan antara Israel dengan Palestin, mengeluarkan kenyataan berasingan, mengutuk insiden yang berlaku.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan