Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi kecam tindakan pihak berkuasa Sweden benarkan ketua parti sayap kanan bakar al-Quran

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Arab Saudi pada Sabtu (21 Jan) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa Sweden membenarkan seorang pelampau untuk membakar senaskhah al-Quran di hadapan kedutaan Turki di Stockholm. 

Dalam satu kenyataan, Kementerian Ehwal Luar Saudi mengesahkan pendirian tegas Saudi yang menyeru kepentingan untuk menyebarkan nilai-nilai perbincangan, tolak ansur serta hidup bersama, selain menolak pemikiran pelampau dan kebencian, lapor Saudi Gazette. 

Menteri Ehwal Luar Turki Mevlut Cavusoglu berkata kementeriannya memanggil duta Sweden ke Ankara selepas pemimpin parti sayap kanan Denmark Stram Kurs, Rasmus Paludan, membakar senaskhah al-Quran di hadapan bangunan kedutaan Turki di Stockholm. 

Jabatan Polis Stockholm menyatakan Paludan diberikan kebenaran untuk mengadakan tunjuk perasaan berdekatan kedutaan Turki di Stockholm pada Sabtu. 

Sebagai tindak balas, Turki turut mengumumkan pembatalan lawatan Menteri Pertahanan Sweden Pal Jonson ke Ankara, yang dijadual berlangsung pada 27 Januari. 

Menteri Pertahanan Turki Hulusi Akar berkata: "Ketika ini, lawatan Menteri Pertahanan Sweden Pal Jonson ke Turki pada 27 Januari sudah menjadi tidak lagi bermakna, maka kami telah membatalkannya."

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan