Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi jangka kes COVID-19 terus meningkat dalam masa beberapa hari

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi jangka kes COVID-19 terus meningkat dalam masa beberapa hari

(Gambar: Rosli Razak/BERITAmediacorp)

Diterbitkan : 05 Jan 2022 10:33AM Dikemas Kini : 05 Jan 2022 10:33AM

RIYADH: Menteri Kesihatan Fahad Al-Jalajel mengatakan bahawa Arab Saudi kini sedang menyaksikan lonjakan pada jumlah kes jangkitan koronavrius dan menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat dalam masa beberapa hari akan datang. 

Menerusi satu kenyataan pada Selasa (4 Jan), menteri berkenaan mengatakan bahawa vaksin COVID-19 sudah membuktikan keberkesanannya dalam mengurangkan gejala-gejala dan rawatan di hospital. Beliau juga meluahkan keprihatinannya terhadap penduduk yang masih belum menerima suntikan vaksin koronavirus. 

"Kini, yang membimbangkan adalah kumpulan-kumpulan yang masih belum lengkap divaksin, kerana kebanyakan pesakit yang dirawat di ICU belum lengkap divaksin," katanya lagi. 

Ini susuli lonjakan pada bilangan kes koronavirus di Saudi yang mencatatkan sejumlah 2,585 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa