Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi hantar 2 pesawat bawa bantuan ke Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Arab Saudi menghantar dua pesawat membawa bantuan ke Ukraine, lapor agensi berita Arab Saudi SPA pada Jumaat (3 Mac).

Dua pesawat yang membawa bantuan seberat 168 tan bagi warga Ukraine itu berlepas ke lapangan terbang Poland berdekatan sempadan Ukraine. 

Pesawat-pesawat itu membawa barangan perlindungan, penjana elektrik dan bekalan perubatan yang akan dihantar ke  sempadan Poland sebelum dibawa ke Ukraine. 

Arab Saudi minggu lalu memeterai perjanjian bernilai AS$400 juta (S$538 juta) dan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menyediakan tambahan pakej bantuan kemanusiaan buat Ukraine. 

Arab Saudi sebelum ini menghulurkan bantuan perumahan dan perubatan kecemasan bernilai AS$10 juta (S$13 juta) bagi para pelarian dari Ukraine ke negara-negara jiran, khususnya Poland, dengan kerjasama pemerintah Poland dan badan-badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan