Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi gugur hukuman mati terhadap pesalah bawah umur

Arab Saudi pada Ahad (26 Apr) memansuhkan hukuman mati bagi jenayah yang dilakukan oleh pesalah bawah umur, sekali gus menangkis kritikan keras terhadap negara itu yang dituduh melanggar hak asasi manusia.

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi gugur hukuman mati terhadap pesalah bawah umur

Contoh hukuman sebatan yang paling berprofil tinggi di Arab Saudi sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah kes blogger Raif Badawi yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 1,000 kali sebatan pada tahun 2014. (Gambar: TOBIAS SCHWARZ/AFP)

Diterbitkan : 27 Apr 2020 10:40AM Dikemas Kini : 27 Apr 2020 10:42AM

RIYADH: Arab Saudi pada Ahad (26 Apr) memansuhkan hukuman mati bagi jenayah yang dilakukan oleh pesalah bawah umur, sekali gus menangkis kritikan keras terhadap negara itu yang dituduh melanggar hak asasi manusia.

Rombakan itu mengukuhkan lagi usaha Putera Mahkota Mohammed Salman untuk memodenkan pemerintahan kuno yang sejak sekian lama dikaitkan dengan fahaman Wahabi.

Hukuman mati dimansuhkan ke atas pesalah yang melakukan jenayah ketika mereka masih bawah umur, kata Presiden Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Awwad Alawwad dalam satu kenyataan sebagai mengulas dekri diraja.

"Sebaliknya, pesalah akan diperintahkan menjalani hukuman penjara tidak lebih daripada 10 tahun di kemudahan juvenil," menurut kenyataan itu.

Dekri itu sekali gus memberi peluang kedua kepada sekurang-kurangnya enam pesalah lelaki daripada kumpulan minoriti Syiah yang sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati.

Kumpulan itu dituduh menyertai tunjuk perasaan antikerajaan semasa pemberontakan Arab Spring, ketika mereka berusia bawah 18 tahun.

Pakar Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu kepada Arab Saudi supaya menggugurkan hukuman itu pada tahun lalu.

"Ini hari yang penting untuk Arab Saudi," kata Encik Awwad Alawwad.

"Dekri ini akan membantu kita dalam mewujudkan kanun jenayah yang lebih moden."

Kerajaan Saudi memiliki kadar hukuman mati yang tertinggi di dunia, dengan suspek yang disabit kesalahan atas keganasan, pembunuhan, rogol, rompakan bersenjata dan pengedaran dadah akan dikenakan hukuman mati.

Negara itu menjatuhkan hukuman mati ke atas sekurang-kurangnya 187 pesalah pada 2019, berdasarkan data rasmi, dengan yang paling tinggi pada 1995 iaitu membabitkan 195 pesalah.

Sejak Januari lalu, 12 pesalah sudah menjalani hukuman mati, menurut data rasmi.

Kumpulan hak asasi manusia sudah berulang kali menyuarakan bantahan terhadap perbicaraan jenayah di negara itu, iaitu sebuah kerajaan dengan kuasa raja mutlak yang diperintah di bawah undang-undang Islam yang sangat ketat.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan