Saudi gesa Israel hentikan pencerobohan; ulangi seruan huraian 2 negara

Gambar: Agensi berita/ Saudi Gazette
NEW YORK: Arab Saudi menegaskan lagi komitmennya terhadap perjuangan Palestin untuk menamatkan pencerobohan Israel dalam menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Al-Quds sebagai ibu kotanya dan menjamin hak pelarian Palestin untuk pulang ke wilayah itu.
Gesaan itu ditekankan dalam ucapan yang disampaikan oleh Penasihat Saudi Mohammad Al-Ateeq, Kuasa Usaha Misi Tetap Arab Saudi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum sesi Majlis Keselamatan PBB mengenai "Situasi di Timur Tengah termasuk perjuangan Palestin".
Menurut agensi berita Saudi Press Agency, Al-Ateeq menekankan betapa pentingnya untuk mencapai keamanan yang berkekalan di Timur Tengah sebagai satu pilihan strategik untuk menamatkan konflik tersebut berdasarkan penyelesaian dua negara, selaras dengan rujukan antarabangsa.
Ia adalah selaras dengan rujukan antarabangsa, Inisiatif Keamanan Arab 2002, untuk membenarkan pelarian Palestin pulang ke wilayah mereka dan menamatkan pencerobohan Israel di semua wilayah Arab.
"Bulan Ramadan yang mulia bagi umat Islam menyaksikan pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa, menutup pintunya dan menyerang jemaah pertahanan di dalam masjid dan di pekarangannya," kata Al-Ateeq seperti dinukil oleh Saudi Press Agency.
Menurut beliau, Arab Saudi mengutuk serangan ke atas kesucian Masjid Al-Aqsa dan penindasan terhadap rakyat Palestin.
Menurut Al-Ateeq, tindak-tanduk Israel itu menggambarkan serangan sistematik secara terang-terangan terhadap sebuah negara Islam dan pencabulan perjanjian antarabangsa.
Tambah Saudi Press Agency lagi, Al-Ateeq menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB, supaya memainkan peranannya dan mempertanggungjawabkan tentera Israel sepenuhnya atas jenayah kejam dan pelanggaran berterusan terhadap rakyat Palestin, wilayahnya dan kesucian tapak-tapak suci yang hanya akan membawa kepada lebih banyak keganasan dan ketegangan di rantau itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.