Saudi catat jumlah tertinggi kes COVID-19 sejak pandemik bermula
Para penumpang Arab Saudi tiba di Lapangan Terbang Raja Khaled di ibu kota Riyadh pada 17 Mei 2021. (Gambar: Fayez Nureldine/AFP)
RIYADH: Arab Saudi pada Rabu (12 Jan) mengesan jumlah kes baru tertinggi sejak pandemik bermula.
Sebanyak 5,362 kes baru COVID-19 dikesan di Arab Saudi dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut Saudi Gazette.
Dua kematian akibat komplikasi berkaitan virus tersebut dilaporkan dalam tempoh yang sama, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Saudi, seperti yang dipetik Saudi Gazette.
Ini menjadikan jumlah kes jangkitan di Saudi sebanyak 593,545 dan kematian berkaitan virus itu kepada 8,899.
Seramai 2,499 pesakit sudah pulih dalam tempoh yang sama, menjadikan jumlah pesakit yang sembuh kini 552,057, menurut kementerian itu, seperti yang dilaporkan Saudi Gazette.
Antara kes aktif COVID-19 yang dikesan, 218 berada dalam keadaan tenat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.