Saudi, AS bincang isu kerjasama serantau, antarabangsa
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Ahmed Yosri)
ISTANBUL: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berbincang mengenai kerjasama antara kedua-dua negara itu dalam isu serantau dan antarabangsa, lapor agensi berita Anadolu.
Pertemuan itu berlangsung di Istana Al-Salam di Jeddah pada Rabu (7 Jun) yang antara lain membincangkan mengenai hubungan dua hala dan aspek kerjasama dalam pelbagai bidang dan cara untuk meningkatkannya, memetik laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pada Rabu.
Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan perkembangan terkini serantau dan antarabangsa.
Encik Blinken yang tiba di Arab Saudi pada Selasa untuk mengadakan lawatan tiga hari turut dijadual menghadiri mesyuarat peringkat menteri dengan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Rabu.
Mesyuarat itu akan membincangkan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi GCC untuk menggalak keselamatan, kestabilan, integrasi serantau dan peluang ekonomi di seluruh Timur Tengah.
Encik Blinken bersama Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan akan menjadi tuan rumah mesyuarat peringkat menteri pada Khamis (8 Jun) di Riyadh yang bakal menumpukan perhatian kepada gabungan antarabangsa untuk memerangi ISIS.

Sumber : Bernama/AW/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.