Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi berusaha pastikan pengangkutan, logistik jemaah haji lancar bagi musim ini

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi berusaha pastikan pengangkutan, logistik jemaah haji lancar bagi musim ini

Arab Saudi mula laksana pelan operasi haji. (Gambar: Sam Panthaky/AFP)

MAKKAH: Timbalan Presiden Pihak Berkuasa Am Pengangkutan Darat dan Logistik Arab Saudi Fawaz bin Zanaf Al-Sahli berkata pihaknya sudah melakukan segala persediaan dan penyeliaan ke atas semua bentuk perkhidmatan pengangkutan bagi memastikan keselamatan jemaah haji di Tanah Suci.

“Kami telah menyelesaikan sejak awal semua kerja penyeliaan dan pengawalseliaan ke atas perkhidmatan pengangkutan darat, laut dan rel serta memastikan syarikat berlesen terlibat mematuhi semua peraturan dan keperluan teknikal demi keselamatan jemaah haji,” kata beliau menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pada Khamis (22 Jun).

Beliau berkata demikian selepas lawatan pemeriksaan lapangan bersama Menteri Pengangkutan Arab Saudi Saleh bin Nasser Al-Jasser bagi memantau persiapan kemudahan untuk jemaah haji tahun ini.

Beliau berkata antara inisiatif penting yang dibentangkan pihaknya untuk musim haji tahun in termasuk menyediakan 1,000 skuter elektrik antara Mina dan Masjidil Haram untuk kegunaan jemaah selain laluan khas pejalan kaki tanpa kenderaan bagi memendekkan masa perjalanan dan menjaga keselamatan mereka.

Beliau berkata, bas pandu sendiri akan mula diuji di laluan yang ditetapkan pada 8 Zulhijjah ini, selain akan menggunakan dron bagi memantau kelancaran trafik serta mengukur kualiti udara pada musim haji ini.

Selain itu, lebih 90,000 pemeriksaan sudah dilakukan, termasuk 13,000 pemeriksaan ke atas pengangkutan bas antara Makkah dan Madinah.

Beliau berkata semua langkah itu dilakukan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan jemaah semasa mengerjakan ibadah haji sehingga mereka selamat pulang ke tanah air masing-masing.  
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan