Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi berjaya rampas dadah bernilai AS$1 bilion; dipercayai terbesar sejauh ini

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi berjaya merampas dadah yang dianggarkan bernilai sehingga AS$1 bilion (S$1.4 bilion) dan memberkas lapan ekspatriat dalam rampasan dadah yang dipercayai adalah yang terbesar di negara itu.

Pihak berkuasa menemui 47 juta pil amphetamine semasa melancarkan serbuan ke atas sebuah gudang di Riyadh, lapor Saudi Press Agency (SPA) pada Rabu (31 Ogos).

Dadah tersebut dianggarkan bernilai antara AS$470 juta dengan lebih AS$1 bilion, berdasarkan perangkaan yang dipetik dari jurnal Kajian Ketagihan Antarabangsa.

Ia juga merupakan percubaan penyeludupan terbesar yang diketahui seumpamanya di Arab Saudi, menurut laporan tersebut.

Enam rakyat Syria dan dua warga Pakistan diberkas selepas pihak berkuasa menemui pil-pil yang disembunyikan dalam penghantaran tepung, dedah jurucakap bagi Kawalan Narkotik Saudi, Mejar Mohammed Al-Najidi kepada SPA.

Pendakwa raya Arab Saudi melancarkan siasatan susulan menyusuli serbuan itu, menurut laporan tersebut.

Ibrahim Bahathiq, penulis ruang akhbar Al-Yaum, memberitahu Arab News bahawa penyeludupan dan pengedaran dadah semakin menjadi-jadi dan berleluasa di Arab Saudi dan negara itu kini menjadi 'pasaran' untuk penjenayah dan kumpulan lain mengembangkan kegiatan dan urus niaga haram.

Encik Ibrahim juga mendedahkan bahawa "kerjasama dan perancangan strategik dalam kalangan agensi antidadah serantau adalah penting dalam usaha mendakwa pengedar dadar dan menghancurkan laluan penyeludupan dadah.

Encik Ibrahim turut menekankan betapa pentingnya kerjasama dan penyelarasan antara pihak berkuasa di semua peringkat bagi membanteras gejala dadah.

Encik Ibrahim menegaskan bahawa golongan belia menjadi sasaran utama para pengedar dadah dan beliau turut memberi amaran bahawa sebarang tolak ansur terhadap masalah tersebut "bukan saja menjejas para individu tetapi juga keluarga dan masyarakat."

Beliau menegaskan bahawa keluarga adalah wadah yang paling penting untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya dadah.

Encik Ibrahim juga menekankan betapa pentingnya untuk berbincang dengan anak muda tentang risiko yang ditimbulkan oleh dadah dan "berwaspada terhadap gejala dadah yang boleh membawa maut."
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan