Saudi beri penghargaan jemaah haji China, jaga kebersihan di Arafah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Arab News)
MAKKAH: Pemimpin perbandaran Makkah memuji sekumpulan jemaah haji China atas usaha mereka menjaga kebersihan khemah mereka di Arafah, serta mengutip sampah di sebuah terowong ketika musim haji.
Timbalan Datuk Bandar Makkah, Ibrahim Al-Ghamdi, memberi penghormatan kepada jemaah tersebut di pejabatnya dan mengucapkan terima kasih atas usaha mereka menjaga kebersihan di tanah suci, lapor Arab News.
Perbuatan mereka dirakam dan video itu tular di beberapa platform media sosial.
Seorang anggota lembaga pengarah Mashariq Co., Mahmoud Damanhori, yang bertanggunjawab menjaga jemaah China tahun ini, memuji pejabat Ehwal Haji China dan pegawainya atas penyelarasan, kepimpinan dan kerjasama bersama penyedia perkhidmatan.
Beliau memberitahu Arab News: "Mereka meninggalkan kesan baik kepada sesiapa yang berinteraksi bersama mereka. Sebelum berangkat ke Muzdalifah dari Arafah, mereka memastikan khemah bersih, menyusun tilam ke tepi dan membersihkan kawasan di Arafah."
"Melalui tindakan mereka, mereka
menunjukkan contoh yang baik kepada semua, melalui tingkah laku mereka yang baik," tambahnya.
Sekitar 9,770 jemaah China menjalankan ibadah haji tahun ini.
Encik Damanhori menekankan bahawa Islam menggalakkan kebersihan, dan jemaah China mempamerkannya dengan baik.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.