Skip to main content

Dunia

Saudi beri amaran hukuman bagi pengagihan makanan tercemar

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Jabatan Pendakwaraya Arab Saudi mengeluarkan amaran tentang pengagihan makanan yang membahayakan para jemaah haji. 

Menurut laporan akhbar Saudi Gazette, perbuatan membahagikan barang makanan yang tercemar kepada para jemaah sangat dilarang dan sesiapa yang didapati bersalah atas perbuatan tersebut akan dihukum.

Pencabulan peraturan keselamatan makanan disifatkan pihak berkuasa Saudi sebagai satu jenayah besar dan akan ditangkap.

Jika sabit kesalahan, mereka yang bertanggungjawab boleh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda sehingga 10 juta Riyal Saudi (S$3 juta). 

Lesen penjualan pesalah juga akan ditarik balik dan mereka yang terbabit akan dilarang daripada menceburi kerja dan kegiatan dalam bidang berkaitan makanan.

Nama-nama yang bersalah juga akan diterbitkan di media masa Saudi.

Perkembangan tersebut diumumkan ketika 1 juta jemaah haji dijangka memulakan rukun Islam kelima itu, minggu depan.

Sumber : Agensi berita/AZ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita