Saudi beri amaran denda, usir dan larangan masuk 10 tahun jika langgar peraturan permit haji
Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah melakukan tawaf mengelilingi Kaabah di Makkah. (Gambar: BERNAMA)
- Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menegaskan hanya pemegang permit rasmi dibenarkan menunaikan haji, dengan tindakan tegas terhadap pelanggaran.
- Ekspatriat yang melanggar syarat permit haji akan didenda SAR20,000, diusir dan dilarang masuk ke Arab Saudi selama 10 tahun.
- Pihak berkuasa menggesa semua pihak mematuhi peraturan musim haji 2026 demi keselamatan dan kesejahteraan jemaah.
- Orang ramai digalakkan melaporkan pelanggaran melalui talian 911 di beberapa wilayah utama dan 999 di seluruh negara.
RIYADH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengesahkan bahawa ekspatriat yang melanggar syarat mendapatkan permit haji akan dikenakan denda SAR20,000 (S$6,800), diusir keluar serta dikenakan larangan memasuki Arab Saudi selama 10 tahun.
Ia menegaskan bahawa mendapatkan permit haji rasmi merupakan syarat asas untuk menunaikan ibadah haji, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Kementerian itu menggesa semua pihak supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi musim haji 2026 serta bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji.
Ia turut memaklumkan bahawa pelanggaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Selain itu, kementerian berkenaan menyeru orang ramai melaporkan pelanggaran dengan menghubungi talian 911 di Makkah, Madinah, Riyadh dan wilayah Timur, serta 999 di seluruh wilayah lain di negara itu.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.