Saudi bawa keluar lagi 350 warga asing dari Sudan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP
NEW YORK: Arab Saudi sudah memindahkan lebih 356 warga asing dari Sudan termasuk 101 rakyatnya dan rakyat dari beberapa negara lain.
Demikian menurut kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi yang disiarkan di Twitter pada Isnin (24 Apr).
Antara yang dipindahkan adalah rakyat Amerika Syarikat, United Kingdom, Sweden, Itali, Qatar, Syria, Belanda, Iraq, Turki, Tanzania, Lubnan dan Libya, lapor agensi berita Anadolu.
''Kerajaan Arab Saudi akan meneruskan usaha dan menawarkan bantuan untuk memastikan warga asing dapat dibawa keluar dengan selamat menuju ke destinasi masing-masing,'' menurut kenyataan itu.
Pertempuran hebat di Sudan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) sudah memasuki minggu kedua.
Setakat ini, lebih 400 orang terbunuh manakala lebih 3,500 yang lain cedera sejak 15 April.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.