Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi batalkan skim Hos Umrah

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi batalkan skim Hos Umrah

(Gambar: Rosli Razak/BERITAmediacorp)

RIYADH: Arab Saudi membatalkan skim 'Hos Umrah' yang membenarkan rakyat dan ekspatriat yang menetap di Saudi untuk mengundang dan membawa masuk tiga hingga lima orang jemaah asing untuk melaksanakan ibadah Umrah. 

Bercakap kepada Saudi Gazette, Encik Hisham Saeed, jurucakap Kementerian Haji dan Umrah, berkata projek berkenaan sudahpun dibatalkan dan tidak akan dilaksanakan. Kementerian tersebut mula melaksanakan projek itu tiga tahun yang lalu. 

Di bawah skim itu, seorang rakyat boleh mambawa masuk mana-mana orang Islam di luar Saudi manakala ekspatriat pula boleh mengundang keluarga terdekat untuk menunaikan ibadah Umrah. Kementerian itu kemudian akan memberikan visa kepada penduduk berdasarkan daftar awam mereka, manakala penduduk asing pula menerusi permit kediaman mereka atau iqama, menurut Saudi Gazette. 

Di bawah skim itu juga, penduduk dan rakyat Saudi dikehendaki menjaga dan menyediakan khidmat kepada tetamu mereka di Saudi untuk menjalankan Umrah sehingga mereka berangkat pulang, dengan kemungkinan mengulangi proses tersebut sebanyak tiga kali dalam setahun. 

Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan bahawa ia membatalkan visa hos Umrah sambil menarik perhatian bahawa ia akan mengumumkan menerusi saluran rasminya sekiranya terdapat perkembangan baru dalam aspek ini. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan