Saudi batal visa hos Umrah, meski jumlah kes COVID-19 terus merosot
(Gambar: Saudi Ministry of Hajj and Umrah/AFP)
RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pembatalan visa hos Umrah pada Rabu (23 Feb).
Namun menurut laporan Saudi Gazette, butiran dan sebab pembatalannya tidak dikongsikan.
Sebelum ini, di bawah visa umrah jemputan seseorang warga atau penduduk Saudi, dibenarkan menjadi hos kepada tiga hingga lima orang setiap kali.
Pembatalan visa umrah hos tersebut diumumkan ketika jumlah kes baru COVID-19 terus merosot sejak kebelakangan ini dengan 677 kes dicatatkan pada Rabu (23 Feb).
Namun mulai 9 Februari lalu, pihak berkuasa Saudi memperkenalkan syarat baru memerlukan pelawat asing ke negara itu, menunjukkan bukti negatif COVID-19, 48 jam sebelum ketibaan.
Ini berbanding syarat 72 jam sebelum ini.
Baru-baru ini, pihak berkuasa Saudi mengumumkan 135,000 permit untuk mengerjakan umrah dan solat di Masjidil Haram, dikeluarkan sehari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.