Skip to main content

Dunia

Saudi bakal tarik balik sesetengah langkah kawalan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi bakal tarik balik sesetengah langkah kawalan COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Mar 2022 04:11PM

RIYADH: Arab Saudi pada Sabtu (5 Mac) mengumumkan ia bakal menarik balik beberapa lagi peraturan berkaitan COVID-19 selepas keadaan pandemik semakin bertambah baik di negara itu.

Kementerian Haji dan Umrah Saudi memutuskan bahawa penjarakan sosial akan ditarik balik tetapi rakyat masih perlu memakai pelitup di kawasan tertutup, lapor agensi berita Xinhua yang memetik Agensi Berita Saudi (SPA).

Para pengunjung yang masuk ke negara itu tidak lagi perlu menyediakan PCR atau ujian antigen pantas (ART) dan menjalani kuarantin wajib sebaik tiba di negara itu, tambah kementerian tersebut.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita