Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, Saudi bakal bincang projek kereta api hubungkan Asia Barat

Anggaran Waktu Membaca:

ISTANBUL: Penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE), dan India akan membincangkan projek bersama untuk menghubungkan negara-negara Teluk, negara Arab dan India melalui rangkaian kereta api, menurut laman berita AS.

"Penasihat keselamatan AS, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu dan India pada Ahad (14 Mei) dijangka membincangkan kemungkinan menjayakan projek prasarana bersama utama itu," menurut Axios, memetik dua sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai rancangan itu.

Projek tersebut merupakan "antara inisiatif utama yang ingin dilaksanakan oleh Rumah Putih di Asia Barat menyusuli pengaruh China yang semakin berkembang di rantau itu", menurut laman berkenaan.

Asia Barat merupakan kawasan penting dalam inisiatif Jalur dan Jalan China, satu projek besar China yang dibina di atas runtuhan Jalan Sutera purba, bertujuan untuk menghubungkan China dengan seluruh dunia melalui pembinaan prasarana.

Seorang pegawai AS yang tidak dinamakan memberitahu Axios bahawa projek kereta api itu akan menjadi antara topik perbincangan semasa lawatan Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih Jake Sullivan ke Arab Saudi.

“Sullivan akan berbincang dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan pegawai Saudi yang lain mengenai hubungan dua hala antara Arab Saudi dan AS, isu serantau dan kemungkinan langkah normalisasi selanjutnya hubungan antara Arab Saudi dan Israel,” menurut seorang lagi pegawai.

Setakat ini, tiada sebarang ulasan daripada para pegawai dari empat negara berkenaan mengenai laporan AS itu.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan