Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi anjur Sidang Puncak Negara Arab pada 11 Nov tangani serangan Israel

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi anjur Sidang Puncak Negara Arab pada 11 Nov tangani serangan Israel

(Gambar: AFP/SPA)

Diterbitkan : 31 Oct 2024 08:35AM Dikemas Kini : 31 Oct 2024 08:36AM
RIYADH: Arab Saudi pada Rabu (30 Okt) menyatakan ia akan menganjurkan Sidang Puncak Negara Arab-Islam pada 11 Nov untuk menangani serangan Israel di wilayah Palestin dan Lubnan, serta perkembangan serantau.

Agensi Anadolu melaporkan kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi yang menyatakan bahawa sidang puncak yang dirancang itu akan menjadi susulan kepada sidang puncak sebelum ini yang diadakan di Riyadh pada 11 Nov 2023 bagi membincangkan perang Israel di Gaza.

Kementerian itu mengutuk "jenayah dan pencabulan" berterusan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, serta serangan di Lubnan, sambil menekankan risiko serius terhadap keselamatan dan kestabilan serantau.

Ketegangan serantau semakin meningkat berikutan serangan Israel di Carikan Gaza, yang mengorbankan lebih 43,160 orang sejak 7 Okt tahun lalu.

Sedang konflik merebak ke Lubnan dengan Israel melancarkan serangan maut di seluruh negara, lebih 2,700 orang terbunuh dan lebih 12,500 yang lain cedera dalam serangan Israel sejak tahun lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan.

Walaupun terdapat amaran antarabangsa bahawa rantau Timur Tengah berada di ambang perang serantau akibat serangan berterusan Israel di Gaza dan Lubnan, Tel Aviv memperluaskan konflik itu pada 1 Okt dengan melancarkan serangan darat ke atas selatan Lubnan.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan