Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi akan pastikan bekalan makanan asas mencukupi semasa musim Haji

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Menteri Alam Sekitar, Air dan Pertanian Arab Saudi, Abdulrahman Al-Fadhly berkata bahawa bekalan makanan asas yang mencukupi akan disediakan semasa musim Haji akan datang.

Menteri tersebut yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Makanan, berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat berkala Jawatankuasa Komoditi Makanan Asas di Riyadh pada Ahad (8 Mei), lapor Saudi Gazette.

Mesyuarat itu turut meninjau perkembangan terkini tentang usaha bagi memastikan bekalan makanan mencukupi bagi para penduduk tempatan.

Selain itu, ia membincangkan tentang saiz stok, rantaian bekalan tempatan dan luaran dan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi ketika musim Haji.

Ketika berucap di mesyuarat tersebut, Encik Al-Fadhly berkata bahawa semua pihak terbabit di dalam sistem jaminan makanan sedang bekerja keras untuk mematuhi arahan dari para pemimpin negara itu.

Ia bagi memastikan bekalan yang mencukupi, di samping mengukuhkan bekalan makanan asas serta menyediakan bekalan kepada pasar-pasar tempatan, menurut laporan Saudi Gazette.

"Terdapat penyelarasan dan usaha bersama oleh pihak-pihak terbabit, termasuk sektor privet, dalam persiapan untuk musim Haji akan datang," kata Encik Al-Fadhly.

Beliau menarik perhatian bahawa musim Haji tahun ini akan menyaksikan peningkatan pada jumlah jemaah berbanding tiga tahun yang lalu, di mana ia terjejas oleh penularan pandemik COVID-19.
 
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan