Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi akan keluarkan Visa Persinggahan mulai 30 Jan

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Arab Saudi melancarkan khidmat Visa Persinggahan elektronik bagi para penumpang yang tiba di negara itu melalui udara untuk semua tujuan, mulai Isnin (30 Jan). 

Para pemegang visa tersebut boleh menetap di Arab Saudi selama empat hari dan tempoh visa itu adalah selama tiga bulan. Visa itu percuma dan dikeluarkan serta-merta bersama dengan tiket penerbangan, lapor Saudi Press Agency (SPA) yang memetik sumber-sumber Kementerian Ehwal Luar. 

Kementerian berkenaan melancarkan khidmat itu dengan kerjasama pihak berkuasa relevan dan syarikat-syarikat penerbangan Saudi.

Visa Persinggahan itu membolehkan para penumpang yang melakukan persinggahan di Arab Saudi untuk mengerjakan Umrah dan menziarahi Masjid Nabawi di Madina, selain melancong di sekitar Arab Saudi dan menghadiri acara-acara pelancongan, lapor Saudi Gazette. 

Kementerian Ehwal Luar menjelaskan, permohonan bagi visa persinggahan tersebut boleh dibuat menerusi wadah elektronik Saudi Arabian Airlines dan Flynas. 

Ia secara automatik akan diserahkan kepada Platform Visa Nasional Bersepadu Kementerian Ehwal Luar untuk diproses dan visa digital akan serta-merta dikeluarkan lalu dikirimkan kepada pemohon menerusi emel. 

Kementerian tersebut turut mengesahkan bahawa khidmat Visa Persinggahan digital akan menyumbang kepada usaha untuk mencapai Wawasan Saudi 2030 dengan mengukuhkan kedudukan Saudi dan memanfaatkan lokasi strategiknya untuk menghubungkan pelbagai benua dan sebagai sebuah hab yang menarik bagi penumpang yang melakukan persinggahan serta destinasi pelancongan global. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan