Skip to main content

Dunia

Satu terbunuh, 11 cedera dalam tembakan di Minneapolis

Seorang maut dan 11 yang lain cedera dalam satu kejadian tembakan di bandar Minneapolis, Amerika Syarikat, menurut polis pada Ahad (21 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Satu terbunuh, 11 cedera dalam tembakan di Minneapolis

(Gambar hiasan: Mat Hayward/AFP)

Diterbitkan : 21 Jun 2020 10:06PM Dikemas Kini : 21 Jun 2020 10:11PM

WASHINGTON: Seorang maut dan 11 yang lain cedera dalam satu kejadian tembakan di bandar Minneapolis, Amerika Syarikat, menurut polis pada Ahad (21 Jun).

Gambar-gambar yang disiarkan secara langsung di Facebook menunjukkan sekurang-kurangnya satu orang terlantar di laluan pejalan kaki sedang orang ramai mengelilinginya dengan ada yang menjerit meminta bantuan perubatan.

Rakaman lain menunjukkan kedai-kedai dengan tingkap yang pecah dan kereta-kereta polis di tempat kejadian.

"12 orang mengalami kecederaan akibat tembakan," kata polis Minneapolis menerusi Twitter, "1 lelaki dewasa maut dan 11 mengalami kecederaan yang tidak membahayakan nyawa."

Mereka tidak mendedahkan umur lelaki itu atau sama ada sesiapa diberkas.

Minneapolis menjadi tumpuan kerana bantahan-bantahan anti-perkauman dan keganasan polis. Ia kemudian merebak ke merata Amerika Syarikat setelah George Floyd, seorang lelaki kulit hitam, mati semasa ditahan polis kulit putih.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita