Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Satu lagi letusan berlaku di Gunung Sinabung

Gunung Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara, meletus sekali lagi, menghasilkan debu setinggi lebih 5 kilometer dari puncak atau lebih kurang 7.46 kilometer dari permukaan laut.

Anggaran Waktu Membaca:
Satu lagi letusan berlaku di Gunung Sinabung

(Gambar: CNN)

Diterbitkan : 10 Aug 2020 01:42PM Dikemas Kini : 10 Aug 2020 01:47PM

MEDAN: Gunung Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara, meletus sekali lagi, menghasilkan debu setinggi lebih 5 kilometer dari puncak atau lebih kurang 7.46 kilometer dari permukaan laut.

Dalam data yang dikeluarkan Jabatan Pengamatan Gunung Sinabung Badan Geologi dan PVMBG Pos Pengamatan Gunung Sinabung hari ini (10 Ogos), asap debu yang sangat tebal dilihat berarak keluar ke arah timur dan tenggara.

Buat masa ini, Gunung Sinabung berada pada Status Tingkat III (bersiap siaga) dengan para penduduk dan pengunjung dinasihati supaya jangan melakukan kegiatan di desa-desa yang sudah dikosongkan, serta lokasi dalam lingkungan 3 kilometer dari puncak Gunung Sinabung, serta sekitar 5 kilometer ke arah sektor selatan-timur, dan 4 kilometer ke arah sektor timur-utara.

Jika berlaku hujan abu, para penduduk dinasihati supaya memakai pelitup apabila keluar rumah untuk mengurangi kesan kesihatan yang boleh tercetus akibat terhidu abu gunung berapi.

Para penduduk juga dinasihati supaya menggunakan alat penapis air bersih serta membersihkan atap rumah daripada debu gunung berapi yang lebat atau tebal agar tidak roboh.

Selain itu, orang ramai yang berada dan menetap di sekitar kawasan sungai berdekatan dengan Gunung Sinabung dinasihati supaya terus berwaspada terhadap bahaya banjir lahar panas mahupun dingin. 

Sumber : Agensi berita/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan