Skip to main content

Dunia

Satu lagi gempa bumi lemah dikesan di Johor, gegaran dirasai di empat negeri

Satu gempa bumi lemah dikesan berlaku pada Ahad (24 Ogos) pukul 9.00 pagi di kawasan barat laut Kluang, Johor, menurut kenyataan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Anggaran Waktu Membaca:
Satu lagi gempa bumi lemah dikesan di Johor, gegaran dirasai di empat negeri

Gempa berukuran 2.8 magnitud berlaku kira-kira 28 kilometer dari pusat bandar Kluang. (Gambar: Met Malaysia)

JOHOR BAHRU: Satu gempa bumi lemah dikesan berlaku pada Ahad (24 Ogos) pukul 9.00 pagi di kawasan barat laut Kluang, Johor, menurut kenyataan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Gempa berukuran 2.8 magnitud itu berpusat pada koordinat 2.2° Utara dan 103.1° Timur, dengan kedalaman 10 kilometer, lapor Astro Awani.

Ia berlaku kira-kira 28 kilometer dari pusat bandar Kluang dan gegarannya dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, dan selatan Pahang.

Ia menyusuli gempa bermagnitud 4.1 yang berlaku di Segamat, Johor pada pukul 6.13 pagi, hari yang sama, dan turut dirasai penduduk di Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.

MetMalaysia memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut, lapor Astro Awani.

Walaupun gegaran adalah ringan, pihak berkuasa akan terus memantau keadaan dan menasihati orang ramai agar kekal tenang serta mengikuti maklumat terkini daripada sumber rasmi.

Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

MetMalaysia menegaskan bahawa pemantauan rapi akan diteruskan bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin, lapor Astro Awani.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita