Skip to main content

Dunia

Satu 'aerotrain' KLIA dijangka beroperasi tahun depan

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Satu daripada dua perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi atau 'aerotrain' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dijangka beroperasi tahun depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementerian mengarahkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk memastikan kerja-kerja menaik taraf sistem serta membina 'aerotrain' yang baru itu siap mengikut jadual atau lebih awal.

“Tren ini mengalami ‘end of life’, sudah berkhidmat 25 tahun. Keputusan untuk menggantikan tren ini sepatutnya dilaksanakan lebih awal, namun atas kelewatan membuat keputusan tersebut menyebabkan kita terpaksa hentikan perkhidmatannya.

“Perkara ini kita tahu memang memberi imej buruk kepada negara kerana ia merupakan pintu masuk negara dan saya telah memberi tekanan kepada MAHB supaya ia dilaksanakan mengikut jadual dan mesti diawalkan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini (14 Jun).

Beliau menjawab soalan tambahan Encik Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berhubung langkah kerajaan dalam mengatasi masalah perkhidmatan aerotrain di KLIA yang memberi impak terhadap proses ketibaan pelancong.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita