Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Satelit nano dengan enjin buatan S'pura dilancar dari AS

Anggaran Waktu Membaca:
Satelit nano dengan enjin buatan S'pura dilancar dari AS

Mark Lim, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pemula teknologi di NTU, Aliena. (Gambar: FB NTU)

Diterbitkan : 14 Jan 2022 09:03PM Dikemas Kini : 14 Jan 2022 09:10PM

AMERIKA SYARIKAT: Sebuah satelit nano berjaya dilancarkan ke angkasa lepas, dengan membawa sebuah enjin nano buatan Singapura.

Di tengah-tengah permintaan yang kian meningkat bagi alat pergerakan dalam angkasa menggunakan satelit kecil.

Satelit nano ini dilancarkan dari Amerika Syarikat pada lewat malam semalam (13 Jan).

Misi satelit nano ini adalah untuk menawarkan perhubungan ke kawasan terpencil dalam orbit.

Ia membawa sebuah enjin nano yang cekap bahan bakar.

Enjin tersebut dihasilkan oleh Aliena, sebuah syarikat pemula teknologi dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Enjin baru itu hanya menggunakan sebahagian kecil daya tenaga berbanding enjin sedia ada.

Ini bermakna bahawa satelit nano yang dipasang dengan enjin tersebut akan membawa jumlah kecil bahan bakar sekali gus memberi lebih banyak fleksibiliti apabila menjalankan operasi di ruang angkasa lepas.

Pada tahun depan, syarikat Aliena merancang untuk melancarkan lebih banyak enjin satelit mikro yang akan dipasang pada platform satelit yang lebih besar.

Sejauh ini, Aliena sudah menerima permintaan dari beberapa syarikat yang ingin menggunakan enjin yang dihasilkannya pada satelit mereka.

Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan