Satelit Korea Utara terhempas ke laut selepas pelancaran roket gagal
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Jung Yeon-je)
SEOUL: Sebuah satelit Korea Utara yang dilancarkan pada Rabu (31 Mei) berakhir dengan kegagalan apabila pelancaran tahap kedua roket mengalami masalah dan menyebabkan penggalak roket terjunam ke laut, menurut media Korea Utara.
Satelit itu diletakkan pada sebuah roket jenis baru, Cholimma-1, dan pelancarannya gagal disebabkan enjin serta sistem bahan api yang tidak stabil, lapor agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA.
Penerbangan tersebut merupakan percubaan pelancaran keenam negara yang mempunyai senjata nuklear itu. Ia juga merupakan percubaan yang pertama sejak 2016. Ia sepatutnya menempatkan satelit perisik pertama Korea Utara di orbit.
Kegagalan pelancaran tersebut mencetuskan amaran kecemasan serta amaran pemindahan ringkas di beberapa bahagian Korea Selatan dan Jepun. Notis tersebut kemudian ditarik balik dengan tiada sebarang bahaya atau kerosakan dilaporkan.
Korea Utara menyatakan ia akan melancarkan satelit perisik tenteranya yang pertama antara 31 Mei dengan 11 Jun untuk meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan ketenteraan Amerika Syarikat (AS).
TEKNOLOGI PELURU
Pada Selasa (30 Mei), Ri Pying Chol, naib pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Pekerja Korea Utara, berkata bahawa latihan bersama yang sedang dijalankan AS dan Korea Selatan menggesa Pyongyang untuk memiliki "keupayaan mengumpul maklumat tentang tindakan ketenteraan musuh dalam masa nyata".
Sebelum pelancaran pada Rabu, Jabatan Negara AS menyatakan bahawa sebarang pelancaran oleh Korea Utara yang menggunakan teknologi peluru berpandu akan melanngar sejumlah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.