Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sasaran tamatkan kemiskinan tegar jelang 2030 tidak akan tercapai: Bank Dunia

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Kejutan ekoran pandemik COVID-19 dan peperangan Rusia dengan Ukraine bermakna dunia tidak mungkin mencapai matlamat untuk menamatkan kemiskinan tegar menjelang 2030, menurut Bank Dunia dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu (5 Okt).

Pandemik COVID-19 menandakan titik perubahan bersejarah selepas berdekad-dekad angka kemiskinan semakin merosot, dengan 71 juta lagi orang hidup dalam kemiskinan tegar pada 2020, menurut laporan itu.

Ini bermakna 719 juta orang ataupun kira-kira 9.3 peratus daripada penduduk dunia hidup dengan hanya AS$2.15 (S$3.07) sehari.

Peperangan yang sedang berlangsung, kurangnya pertumbuhan di China dan harga makanan dan tenaga yang lebih tinggi menjejas usaha untuk mengurangkan kemiskinan, menurut Bank Dunia, lapor Reuters. 

Kecuali berlaku pertumbuhan mendadak, dianggarkan 574 juta orang atau kira-kira 7 peratus daripada penduduk dunia masih akan kekal dengan pendapatan yang sama menjelang 2030 dan kebanyakannya penduduk di Afrika, lapor Reuters.

Presiden Bank Dunia, David Malpass berkata bahawa laporan baru kemiskinan dan kemakmuran bersama menunjukkan kesan buruk yang dihadapi oleh puluhan juta orang.

Beliau menyeru agar perubahan besar dasar diadakan untuk meningkatkan pertumbuhan dan membantu untuk memulakan usaha untuk melenyapkan kemiskinan.

Bank Dunia menyatakan bahawa negara-negara harus mempertingkat kerjasama, elakkkan daripada subsidi yang meluas, memberi tumpuan kepada pertumbuhan jangka panjang dan menerima pakai langkah-langkah seperti cukai hartanah dan cukai karbon yang boleh membantu meningkatkan hasil tanpa merugikan golongan miskin.

Bank Dunia menyatakan bahawa kadar kemiskinan sudah merosot dalam masa lima tahun sebelum pandemik dan orang yang paling miskin menanggung kos yang paling teruk, lapor Reuters.

Perbelanjaan pemerintah dan bantuan kecemasan sudah membantu untuk mengelakkan kadar lebih tinggi kemiskinan, menurut laporan itu, namun pemulihan ekonomi tidak seimbang dengan ekonomi-ekonomi membangun, yang kurang sumber kurang berbelanja dan kurang meraih sokongan.

Kemiskinan tegar kini tertumpu di sub-Sahara Afrika, yang mempunyai kadar kemiskinan kira-kira 35 peratus dan menyumbang 60 peratus daripada semua orang yang berada dalam kemiskinan tegar, menurut laporan itu.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan