Skip to main content

Dunia

Sarawak bakal miliki syarikat penerbangan sendiri, dijangka beroperasi pada 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Sarawak bakal miliki syarikat penerbangan sendiri, dijangka beroperasi pada 2025

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 11 Apr 2024 03:33PM
KUCHING: Syarikat penerbangan milik Sarawak dijangka mula beroperasi pada 2025, kata Premier Sarawak Abang Johari Abang Openg.

Katanya, pada masa ini proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan negeri itu sedang berlangsung, selepas dipersetujui secara prinsip oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Aviation Group.

“Apa yang berlaku kini ialah perbincangan mengenai aspek teknikal pengambilalihan tersebut. Saya jangka mungkin pada bulan Ogos atau selewat-lewatnya hujung tahun ini boleh selesai. Kita akan ada syarikat penerbangan kita sendiri pada 2025.

“Nama syarikat penerbangan juga sudah ada, tapi kita tidak boleh umum dulu,” katanya yang ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di Kuching pada Khamis (11 Apr).

Pada 23 November tahun lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Jerip Susil dilaporkan berkata kerajaan negeri Sarawak sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASwings Sdn Bhd sebagai persediaan mengambil alih syarikat penerbangan berkenaan.
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita