Sanusi disahkan ditangkap polis beberapa jam sebelum dihadapkan ke mahkamah
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor, ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara, kira-kira 2.30 pagi 18 Jul 2023. (Petikan gambar dari video media sosial)
Pengesahan tersebut diberikan kepada BH Online selepas tular di media sosial video Encik Sanusi diberkas.
Agensi media Malaysiakini menyatakan video yang tular dimuat naik seorang pegawai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Helmi Khalid.
Encik Helmi mendakwa bahawa Encik Sanusi baharu sahaja pulang dari mesyuarat Perikatan Nasional (PN) apabila sekitar 20 anggota polis datang mengetuk pintu bilik penginapannya.
“YAB MB dibawa keluar dari bilik penginapan ke bawah. YAB diarah menaiki sebuah MPV menuju ke Balai Polis IPD Gombak,” kata Encik Helmi.
HADAPI TUDUHAN PAGI INI
Dalam satu perkembangan terkini, Bernama bagaimanapun melaporkan Encik Sanusi Mahkamah, 48 tahun, tiba di Mahkamah Selayang pada pukul 8.57 pagi tadi.
Beliau bakal menghadapi pertuduhan berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) dalam ceramah politiknya.
Encik Sanusi dalam video ucapannya yang tular dikatakan menghina Sultan Selangor ketika membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dengan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.
Ini mendorong beberapa untuk pihak tampil membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Pada 13 Julai, Encik Razarudin Husain dalam satu sidang media khas berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R dalam ceramah politiknya.
Siasatan berkaitan 3R itu dibuat mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.