Sanggupkah anda bayar sehingga S$120 untuk menginap di ruang tangga? Anehnya terdapat permintaan bagi bilik sebegini
Tiga bilik tersebut terletak di tingkat dua, tiga dan empat, dan tetamu hanya perlu turun tangga sebelum sampai ke bilik berkenaan, lapor agensi berita Beijing Evening News pada Isnin (25 Sep).
Gambar-gambar yang menunjukkan bilik seluas 6 kaki persegi itu dilengkapi dengan sebuah katil bujang, sebuah meja kecil tergantung dan sebuah unit penghawa dingin serta cerek dan beberapa botol air mineral, yang disediakan oleh pihak hotel secara percuma khususnya bagi para tetamu.
Katil berkenaan, yang muat elok-elok di ruang tangga tersebut, meninggalkan ruang yang terhad untuk tetamu berjalan mahupun menyimpan bagasi masing-masing.
Pengurus hotel tersebut dilaporkan memberitahu media China bahawa terdapat permintaan bagi bilik-bilik seumpama itu. Lantaran itu, pihak hotel mengorak langkah untuk mengubah ruang yang "kurang digunakan" itu menjadi bilik yang dapat menampung keperluan sedemikian.
Meskipun bilik-bilik tersebut biasanya ditawarkan pada harga dari 100 hingga 200 yuan (S$19 hingga S$36) semalam, harga tersebut boleh naik sehingga 650 yuan (S$122) semasa musim percutian yang sibuk, menurut akhbar China, The Paper.
Usaha hotel tersebut, yang dianggap sebagai sesuatu yang jarang dilakukan, rata-rata mendapat reaksi negatif sebahagian besarnya daripada pengguna online apabila berita mengenai bilik seumpama itu mula muncul.
Terdapat kebimbangan yang dibangkitkan mengenai piawai keselamatan kebakaran bilik sedemikian, sehingga aduan dibuat kepada jabatan bomba tempatan pada Ahad lalu. Ini menyebabkan bilik-bilik tersebut dikepung setelah gagal mematuhi piawai keselamatan seperti ketiadaan penggera asap dan langkah-langkah kalis kebakaran yang kurang memuaskan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.